
Akhirnya, saya bergelar graduan Akademi Fasilitator. Majlis yag cukup meriah diadakan minggu lalu di Greenwood. Ramai hadir, termasuk Fariz, Ezrin dan Dzul yang telah selamat menjalani latihan di bawah kendalian ChosenOne Mgt.
Langsung, tiada apa yang terluah melainkan rasa syukur dan terima kasih diatas penganugerahan ini.
Kata sahabat, saya kini mempunyai tugasan yang makin besar. Saya angguk-angguk. Apa pun, sejauh mana pencapaian dan perolehan saya dalam bidang ini, saya tahu bahawa inilah jalan yang telah saya pilih.
Terasa sebuah syukur atas bebuah rahmatNya, bila usaha dalam akademi serasa bagai memperoleh jalan untuk mendapat nikmat-nikmat Tuhan untuk dikongsi-kongsi dan diguna buat diri.
Fasa latihan akademi fasilitator melibatkan asas agama sebagai "landas" latihan, diikuti dengan modul+asas fasilitator juga bahagian pengurusan. Turut terselit adalah hal komunikasi dan kaunseling.
Alhamdulillah, segalanya mendatangkan manfaat bila selusur jalan kehidupan saya, diteman aktiviti-akitiviti yang membuahkan rasa zikir dan fikir. Saya panggil ia refleksi: bila ianya menjadi 'modul' untuk kembali menghisab dan membaiki kehidupan lama.
Ia, belajar..belajar. Ia adalah satu proses hidup :)
Terima kasih Tuhanku..
No comments:
Post a Comment